LAMAN WEB RASMI TAPEM
| | 09 Zulkaedah 1445 H
EN | MY |

Kaedah Bayaran Balik Pinjaman Wang Pengajian Tinggi


A. CARA BAYARAN MENGGUNAKAN ATAS TALIAN (ONLINE) MELALUI MelakaPay

Langkah 1: Layari portal MelakaPay di https://melakapay.melaka.gov.my

Langkah 2: Klik butang Daftar (Register) dan isi maklumat yang diperlukan

Langkah 3: Semak emel yang didaftarkan untuk mendapatkan pautan pengaktifan pendaftaran

Langkah 4: Daftar masuk (Login) menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan

Langkah 5: Di Papan Pemuka Utama (Dashboard), klik pautan Tambah Akaun Berdaftar

Langkah 6: Isikan

Langkah 7: Isikan No. Akaun. 

Langkah 8: Klik butang pembayaran bil.


A. CARA-CARA MEMBUAT BAYARAN BALIK MELALUI KAUNTER PEJABAT POS/ KIRIMAN WANG POS:

  1. Peminjam boleh mendapatkan BORANG KEWANGAN-39 dari mana-mana cawangan Pejabat Pos di seluruh Malaysia.
  2. Isikan butir-butir peminjam iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan dan no.rujukan akaun baru pada borang KEWANGAN 39.
  3. Bayaran hendaklah dibuat dan dialamatkan kepada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).
  4. Pastikan salinan borang KEWANGAN 39 yang dicetak di pejabat POS di atas nama TAPEM dan minta batalkan borang tersebut jika dicetak di atas nama KPT atau PTPTN.
  5. Bayaran perkhidmatan sebanyak RM2.00 akan dicaskan oleh Pejabat POS.
  6. Minima jumlah bayaran balik pinjaman di Pejabat POS sebanyak RM100.00