LAMAN WEB RASMI TAPEM
| | 09 Zulkaedah 1445 H
EN | MY |

Dermasiswa Pelajar Maahad Tahfiz

Terdapat 21 madrasah yang berdaftar dengan JAIM yang terlibat dalam pemberian Dermasiswa Pelajar Maahad Tahfiz. Setiap Madrasah mempunyai kuota seramai 25 pelajar yang layak untuk dicalonkan.

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  2. Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan.
  3. Bermastautin di negeri Melaka dan
  4. Pengundi di negeri Melaka
  5. Pendapatan keluarga kurang dari RM3,000.00
  6. Belajar di Sekolah Tahfiz/ Maahad Tahfiz Al-Quran yang mendapat kelulusan pendaftaran daripada JAIM dan berumur tujuh (7) hingga tujuh belas (17) tahun
  7. Tempoh pemberian Dermasiswa selama 5 tahun sahaja
  8. Kuota hanya 25 pelajar untuk setiap Maahad

Amaun

RM1800.00 setahun (RM 150.00 setiap bulan), dan pembayaran dibuat sebanyak 4 kali setahun (Mac, Jun, September, Disember)