LAMAN WEB RASMI TAPEM
| | 09 Zulkaedah 1445 H
EN | MY |

Bantuan Ke Institusi Pengajian Tinggi

KADAR BANTUAN (ONE OFF):

Peringkat Pengajian dan Amaun

DIPLOMA RM 400.00

IJAZAH     RM 600.00

SARJANA RM 600.00

PHD          RM 600.00

 

Universit Melaka (UNIMEL) & Melaka International College Of Science and Technology (MiCoST)

Semua peringkat Pengajian : RM 1000.00

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN                                                                                              

  1. Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  2. Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  3. Bermastautin di Negeri Melaka dan
  4. Pengundi di Negeri Melaka.
  5. Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  6. Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  7. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  8. Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa merupakan penjawawt awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan dan;
  9. Pemohon/ibubapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) layak dipertimbangkan jika telah bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka dengan melampirkan 1 salinan Sijil Berhenti Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah disahkan oleh Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) / Pengerusi Japerun/ Pengerusi Penyelaras Japerun/ Penghulu / Pengerusi JPKK/ Sidang.
  10. Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.
  11. Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan. (borang permohonan secara online perlu dihantar bersama dokumen sokongan).

       

      MAKLUMAN KEPADA PEMOHON

  1. Sekiranya pembayaran tidak diterima melebihi tempoh dua bulan permohonan maka dianggap tidak berjaya.
  2.  Sila lampirkan salinan dokumen berikut yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat/Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas)/Pengerusi JAPERUN/Penghulu/Sidang :

 

3.   Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh, Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka. (No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 7550/7554)

 

Cara Memohon