LAMAN WEB RASMI TAPEM
| | 09 Zulkaedah 1445 H
EN | MY |

Dermasiswa Pelajar SPM Tahfiz Bestari

Pemberian bantuan Dermasiswa ini diberikan kepada pelajar Tahfiz yang tidak mengikuti pembelajaran arus perdana untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Syarat kelayakan

  • Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di negeri Melaka dan
  • Pengundi di negeri Melaka
  • Pelajar lepasan institusi Tahfiz Al-Quran di negeri Melaka
  • Keutamaan kepada pelajar yang menghafaz 30 Juzukdengan Sijil Syahadah/Khatam; atau
  • Pelajar Tahfiz menghafal minimum 10 Juzuk
  • Berumur genap 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa atau memiliki sijil PMR atau UPSR
  • Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)
  • Surat pengesahan telah menghafaz sekurang-kurangnya 10 Juzuk Al-Quran daripada Maahad Tahfiz/ Madrasah/ Sekolah
  • Salinan KP/Sijil Kelahiran (warganegara)
  • Sijil Tamat Sekolah Rendah
  • Pelajar wajib menghadiri temuduga yang diadakan oleh pihak KUIM

Amaun

Kadar seorang pelajar adalah maksima sebanyak RM 6000.00.