Perlukan Pembiayaan Pendidikan?1 Perlukan Bantuan Persekolahan?2 Kecemerlangan Anda Keutamaan Kami3

BERSYUKUR BERAMANAH BERJASA

TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
JABATAN KETUA MENTERI MELAKA

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.

Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka. TAPEM befungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman iaitu:

  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
  • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi
  • Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)
  • Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah
  • Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang

Pinjaman Wang Pengajian Tinggi

Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM adalah merupakan aktiviti utama TAPEM. Pinjaman ini terbuka kepada "ANAK NEGERI MELAKA" Bumiputera dan Bukan Bumiputera bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri

 

Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah

Sumbangan bantuan persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah pemberian sumbangan yang berupa bahan-bahan dan peralatan sekolah bagi meringankan beban daripada kakitangan yang kurang berkemampuan.

 

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi bertujuan untuk membantu anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi

 

Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah

Biasiswa ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah di seluruh negeri Melaka merangkumi Biasiswa Biasa dan Biasiswa Asnaf

 

Apa Kata Anda?

Apakah pandangan anda tentang portal rasmi TAPEM?