- Secara tunai di kaunter Pejabat TAPEM & UTC Melaka
- Secara ‘online’ melalui Melaka Pay (https://melakapay.melaka.gov.my)
- Secara Tunai Kaunter Pejabat Pos
- Menggunakan wang pos / bank draf / kiriman wang / cek
- Melalui potongan gaji oleh majikan.
- Arahan tetap bank (‘Standing Instruction’)
- Pengeluaran akaun dua KWSP peminjam atau ibu bapa peminjam.
A. CARA BAYARAN MENGGUNAKAN ATAS TALIAN (ONLINE) MELALUI MelakaPay
Langkah 1: Layari portal MelakaPay di https://melakapay.melaka.gov.my

Langkah 2: Klik butang Daftar (Register) dan isi maklumat yang diperlukan
.png)
Langkah 3: Semak emel yang didaftarkan untuk mendapatkan pautan pengaktifan pendaftaran
Langkah 4: Daftar masuk (Login) menggunakan ID Pengguna dan Kata Laluan yang didaftarkan
Langkah 5: Di Papan Pemuka Utama (Dashboard), klik pautan Tambah Akaun Berdaftar
.png)
.png)
Langkah 6: Isikan
- Agensi : Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka
- Jenis Bil Pembayaran: Pinjaman Pendidikan
- Jenis Akaun: Persendirian (jika untuk diri sendiri) atau Pihak Ketiga (jika membayar untuk orang lain)
.png)
Langkah 7: Isikan No. Akaun.
- No. Akaun adalah nombor akaun pinjaman (dalam surat atau hubungi TAPEM - 06-3333333 sambungan 3203 dan 3210)
Langkah 8: Klik butang pembayaran bil.
- Pilih bayaran secara terus atau pembayaran kepada akaun berdaftar
- Pilih akaun yang didaftarkan dan buat pembayaran dengan memilih perbankan internet anda
- Teruskan di halaman perbankan internet anda sehingga selesai
A. CARA-CARA MEMBUAT BAYARAN BALIK MELALUI KAUNTER PEJABAT POS/ KIRIMAN WANG POS:
- Peminjam boleh mendapatkan BORANG KEWANGAN-39 dari mana-mana cawangan Pejabat Pos di seluruh Malaysia.
- Isikan butir-butir peminjam iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan dan no.rujukan akaun baru pada borang KEWANGAN 39.
- Bayaran hendaklah dibuat dan dialamatkan kepada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).
- Pastikan salinan borang KEWANGAN 39 yang dicetak di pejabat POS di atas nama TAPEM dan minta batalkan borang tersebut jika dicetak di atas nama KPT atau PTPTN.
- Bayaran perkhidmatan sebanyak RM2.00 akan dicaskan oleh Pejabat POS.
- Minima jumlah bayaran balik pinjaman di Pejabat POS sebanyak RM100.00