LAMAN WEB RASMI TAPEM
| | 19 Jamadilawal 1446 H
EN | MY |

Arahan Amanah

TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
(AKTA ACARA KEWANGAN 1957 DIBAWAH SEKSYEN 10)

 

  1. Surat ikatan Amanah ini dibuat pada 29 Mac 2006 bagi Kumpulan Wang Amanah Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka, Jabatan Kewangan dan Perbendaharaan, Negeri Melaka, suatu kumpulan wang amanah kerajaan di dalam jadual kedua akta acara kewangan 1957 yang dtubuhkan di bawah seksyen 10 akta acara kewangan 1957, kemudian dari ini disebut sebagai “ Kumpulan Wang”.

  2. Kumpulan Wang ini adalah bertujuan untuk memberi bantuan, pinjaman dan/ atau biasiswa pendidikan serta perbelanjaan lain yang berkaitan.

  3. Kumpulan wang ini hendaklah dikawal oleh YB Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka selaku “Pegawai Pengawal” atau salah seorang pegawai yang dilantik olehnya secara bertulis untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai pegawai pengawal bagi pihak dan atas namanya.

  4. Pengawalan kumpulan wang semua terimaan dan bayaran.

  5. Pegawai Pengawal hendaklah memastikan pegawai yang diberi kuasa bagi pihaknya hendaklah memastikan bahawa tidak berlaku terlebih pengeluaran wang dan baki tunai hendaklah sentiasa berbaki KREDIT.

  6. Tabung ini hendaklah dikreditkan dengan :
    • Penerimaan sumbangan daripada Kerajaan Negeri, agesi-agensi Kerajaan Negeri, Kerajaan Persekutuan, anak-anak syarikat Kerajaan Negeri, anak-anak syarikat agensi Kerajaan Negeri, pihak swasta, orang perseorangan dan lain-lain sumber.
    • Penerimaan bayaran balik pinjaman pendidikan.
    • Lain-lain penerimaan seperti jualan borang pinjaman, surat perjanjian, faedah simpanan tetap, pulangan pelaburan dan sebagainya. Urusan Simpanan Tetap dan Pelaburan adalah dibawah kendalian Pejabat Kewangan Negeri
    • Pembayaran Tabung ini hendaklah dibuat melalui baucer-baucer yang ditandatangani oleh Y.B Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka atau pegawai-pegawai yang diberi kuasa olehnya.
    • Pembayaran dari Tabung ini bagi permohonan bantuan, pinjaman dan/atau biasiswa pendidikan kepada pelajar-pelajar yang memohon bantuan pinjaman dan/ atau biasiswa pendidikan dan lain-lain aktiviti yang berkaitan dengannya, hendaklah dibuat setelah mendapat kelulusan Lembaga Tabung di mana Lembaga Tabung ini dipengerusikan oleh YAB Ketua Menteri dan Timbalan Pengerusi adalah YB Setiausaha Kerajaan Negeri serta dianggotai oleh YB Pegawai Kewangan Negeri, YB Penasihat Undang-undang Negeri, YB Jawatankuasa Negeri Pendidikan, YB Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Negeri Majlis Agama Islam Melaka, Pengurus Besar Perbadanan Air Melaka dan Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka.