TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

PINJAMAN WANG PENGAJIAN TINGGI

Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM adalah merupakan perkhidmatan utama TAPEM.

Kelayakan Memohon

  • Pinjaman ini terbuka kepada "ANAK NEGERI MELAKA" Bumiputera dan Bukan Bumiputera bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri. 
    Takrif "ANAK NEGERI MELAKA" adalah seperti berikut:
    • Pemohon lahir di negeri Melaka; atau
    • Ibu dan/atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka; atau
    • Pemohon dan Ibu/bapa telah menetap di dalam negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun
  • Telah diterima masuk ke universiti/institusi pengajian tinggi yang ditetapkan
  • Lulus dengan baik peperiksaan SPM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia

Cara Memohon

  •  
    • Permohonan boleh dibuat secara online dengan memilih pautan e-TAPEM di laman utama atau terus ke alamat https://tapemonline.melaka.gov.my
    • Permohonan yang telah lengkap diisi perlu disertakan bersama salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi, Sijil Kelahiran dan sijil-sijil persekolah yang telah disahkan. Semua dokumen tersebut hendaklah sampai ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh permohonan ditutup.

Perjanjian

  • Pelajar yang menerima tawaran pinjaman perlu menandatangani Surat Perjanjian beserta dua (2) orang penjamin

Pembayaran Balik

  • Selepas 6 bulan tamat tempoh pengajian, pelajar-pelajar akan diberi surat jadual pembayaran balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan
  • Pelajar-pelajar yang gagal/diberhentikan atau meninggalkan pengajian dikehendaki membayar balik sepenuhnya dengan serta merta jumlah pinjaman yang diterima
  • Sebarang rayuan mengenai pinjaman tertakluk kepada pertimbangan Lembaga. Keputusan Lembaga adalah muktamad.


Tarikh Akhir Kemaskini :: 07-03-2019 :: 09:00 AM