TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

BANTUAN PERSEKOLAHAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Sumbangan bantuan persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah pemberian sumbangan yang berupa bahan-bahan dan peralatan sekolah bagi meringankan beban daripada kakitangan yang kurang berkemampuan.

Pemberian ini diberikan kepada pelajar-pelajar anak negeri Melaka dari tahun 1 hingga 5 yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Pencalonan dibuat oleh pihak sekolah dan disahkan oleh Wakil Rakyat sekolah berkenaan.

  • Pakaian seragam sekolah
  • Kasut dan stokin sekolah
  • Beg Sekolah
  • Alat Tulis
  • Lain-lain keperluan yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa

Syarat-syarat Pencalonan penerima bantuan pelajar sekolah adalah seperti berikut:

  • Pelajar mestilah anak Negeri Melaka (04 / 30)
  • Ibu bapa atau salah seorang lahir di Negeri Melaka (04 / 30)
  • Mestilah menetap di Negeri Melaka.
  • Jika pelajar dan ibu bapa bukan Anak Melaka, wajib sekurang-kurang 10 tahun menetap di Melaka dengan mendapat pengesahan daripada
  • Pelajar mestilah menuntut di Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Rendah Arab (JAIM) di dalam Negeri Melaka.
  • Tahap permohonan dari Tahun 1 hingga 5 sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah hendaklah tidak melebihi RM1500.00 sebulan.
  • Keutamaan pemohon haruslah diberi kepada anak yatim / yatim piatu / ibu tunggal dan yang kurang kemampuan dan tanggungan yang ramai.
  • Pelajar mestilah menuntut di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di dalam negeri Melaka dan Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja.
  • Pendapatan ibu/bapa penjaga pelajar mestilah kurang RM 1500.00 sebulan.
  • Keutamaan pencalonan haruslah diberikan kepada anak yatim/ibu tunggal.
  • Pelajar tidak menerima sebarang sumbangan yang lain bagi mengelakkan pertindihan bantuan.

Tarikh Akhir Kemaskini :: 08-06-2018 :: 03:37 PM