TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

BANTUAN KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Kelayakan Permohonan

Pemberian bantuan sumbangan kewangan ini ditawarkan kepada pelajar “Anak Negeri Melaka” yang melanjutkan pengajian ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan mempunyai kelayakan seperti berikut:

  • Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  • Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  • Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform telah berkhidmat dan bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh majikan.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.

 

Peringkat Pengajian dan Amaun

  1. Diploma - RM 300.00
  2. Ijazah/Sarjana/PhD - RM 400.00

Cara Memohon

  • Borang boleh didapati di pejabat TAPEM pada waktu pejabat. Sila bawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan.

Tarikh Akhir Kemaskini :: 01-04-2019 :: 02:23 PM