Pemberian bantuan Dermasiswa ini diberikan kepada pelajar Tahfiz yang tidak mengikuti pembelajaran arus perdana untuk mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Syarat kelayakan
- Pemohon lahir di negeri Melaka dan
- Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
- Bermastautin di negeri Melaka dan
- Pengundi di negeri Melaka
- Pelajar lepasan institusi Tahfiz Al-Quran di negeri Melaka
- Keutamaan kepada pelajar yang menghafaz 30 Juzukdengan Sijil Syahadah/Khatam; atau
- Pelajar Tahfiz menghafal minimum 10 Juzuk
- Berumur genap 17 tahun pada 1 Januari tahun semasa atau memiliki sijil PMR atau UPSR
- Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)
- Surat pengesahan telah menghafaz sekurang-kurangnya 10 Juzuk Al-Quran daripada Maahad Tahfiz/ Madrasah/ Sekolah
- Salinan KP/Sijil Kelahiran (warganegara)
- Sijil Tamat Sekolah Rendah
- Pelajar wajib menghadiri temuduga yang diadakan oleh pihak KUIM
Amaun
Kadar seorang pelajar adalah sebanyak RM 6000.00.