TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

DERMASISWA PELAJAR MAAHAD TAHFIZ

Terdapat 8 madrasah yang berdaftar dengan JAIM yang terlibat dalam pemberian Dermasiswa Pelajar Maahad Tahfiz. Setiap Madrasah mempunyai kuota seramai 25 pelajar yang layak untuk dicalonkan.

Syarat-Syarat Kelayakan

  1. Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  2. Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan.
  3. Bermastautin di negeri Melaka dan
  4. Pengundi di negeri Melaka
  5. Pendapatan keluarga kurang dari RM3,000.00
  6. Belajar di Sekolah Tahfiz/ Maahad Tahfiz Al-Quran yang mendapat kelulusan pendaftaran daripada JAIM dan berumur tujuh (7) hingga tujuh belas (17) tahun
  7. Tempoh pemberian Dermasiswa selama 5 tahun sahaja
  8. Kuota hanya 25 pelajar untuk setiap Maahad

Amaun

RM1200.00 setahun (RM 100.00 setiap bulan), dan pembayaran dibuat sebanyak 4 kali setahun (Februari, Mei, Ogos, November)


Tarikh Akhir Kemaskini :: 19-03-2019 :: 03:35 PM