Terdapat 8 madrasah yang berdaftar dengan JAIM yang terlibat dalam pemberian Dermasiswa Pelajar Maahad Tahfiz. Setiap Madrasah mempunyai kuota seramai 25 pelajar yang layak untuk dicalonkan.
Syarat-Syarat Kelayakan
- Pemohon lahir di negeri Melaka dan
- Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan.
- Bermastautin di negeri Melaka dan
- Pengundi di negeri Melaka
- Pendapatan keluarga kurang dari RM3,000.00
- Belajar di Sekolah Tahfiz/ Maahad Tahfiz Al-Quran yang mendapat kelulusan pendaftaran daripada JAIM dan berumur tujuh (7) hingga tujuh belas (17) tahun
- Tempoh pemberian Dermasiswa selama 5 tahun sahaja
- Kuota hanya 25 pelajar untuk setiap Maahad
Amaun
RM1200.00 setahun (RM 100.00 setiap bulan), dan pembayaran dibuat sebanyak 4 kali setahun (Februari, Mei, Ogos, November)