Bermula tahun 2019 Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) mempelawa anak-anak Melaka memohon Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam di Mesir, Jordan, Maghribi, Indonesia dan IPTA / IPTS dalam negara.
KELAYAKAN MEMOHON
- Pemohon lahir di Melaka dan
- Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
- Bermastautin di Negeri Melaka dan
- Pengundi di Negeri Melaka
- Pemohon mesti mengikuti pengajian di IPT yang tersenarai di bawah tajaan TAPEM dan IPT tersebut mesti mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
- Mendapat kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.
- Mendapat keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan di peringkat STAM.
- Mode pengajian sepenuh masa.
- Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.
CARA MEMOHON
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan eTAPEM di laman utama web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat https://tapemonline.melaka.gov.my.
- Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak)
- Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Gred 41 kea tas / Penghulu / Pengerusi JAPERUN / Pengerusi JPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
- Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
PERJANJIAN
- Pelajar yang menerima tawaran Dermasiswa Pengajian Islam perlu menandatangani Surat Perjanjian berserta seorang saksi.
KADAR DERMASISWA
PENGAJIAN |
NAMA INTITUSI / NEGARA |
PERINGKAT |
KADAR SETAHUN (RM) |
DALAM NEGARA |
INSTITUT PENGAJIAN YANG DIPERAKUKAN |
DIPLOMA |
3,500.00 |
IJAZAH |
4,500.00 |
||
KOLEJ AL-QURAN SAIYYIDINA ALI |
DIPLOMA |
3,000.00 - 4,800.00 |
|
LUAR NEGARA |
MESIR |
IJAZAH |
20,000.00 |
JORDAN |
30,400.00 |
||
MAGHRIBI |
20,400.00 |
||
INDONESIA |
11,000.00 |
|