DERMASISWA PENGAJIAN ISLAM KERAJAAN NEGERI MELAKA (DALAM NEGARA)
Bermula tahun 2019 Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) mempelawa anak-anak Melaka memohon Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam di IPTA / IPTS dalam negara.
KELAYAKAN MEMOHON
- Pemohon lahir di Melaka dan
- Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
- Bermastautin di Negeri Melaka dan
- Pengundi di Negeri Melaka.
- Pemohon mesti mengikuti pengajian di IPT yang tersenarai di bawah tajaan TAPEM dan IPT tersebut mesti mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Mendapat kepujian Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM.
- Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM.
- Mendapat keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan di peringkat STAM.
- Mendapat keputusan Diploma dengan GPA 3.0 ke atas.
- Mode pengajian sepenuh masa.
- Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.
CARA MEMOHON
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan eTAPEM di laman utama web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat https://tapemonline.melaka.gov.my.
- Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
- Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas / Penghulu / Pengerusi JAPERUN / Pengerusi JPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
- Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
PERJANJIAN
- Pelajar yang menerima tawaran Dermasiswa Pengajian Islam perlu menandatangani Surat Perjanjian berserta seorang saksi.
KADAR DERMASISWA
DALAM NEGARA
NAMA INTITUSI / NEGARA |
PERINGKAT | KADAR SETAHUN (RM) |
INSTITUT PENGAJIAN YANG DIPERAKUKAN | DIPLOMA | 3,500.00 |
INSTITUT PENGAJIAN YANG DIPERAKUKAN | IJAZAH | 4,500.00 |
KOLEJ AL-QURAN SAIYYIDINA ALI | DIPLOMA | 3,000.00 - 4,800.00 |
DERMASISWA PENGAJIAN ISLAM KERAJAAN NEGERI MELAKA (LUAR NEGARA)
Bermula tahun 2019 Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) mempelawa anak-anak Melaka memohon Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam di Mesir, Jordan, Maghribi dan Indonesia.
KELAYAKAN MEMOHON
- Pemohon lahir di Melaka dan
- Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
- Bermastautin di Negeri Melaka dan
- Pengundi di Negeri Melaka.
- Pemohon mesti mengikuti pengajian di IPT yang tersenarai di bawah tajaan TAPEM dan IPT tersebut mesti mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
- Mendapat kepujian Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM.
- Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM.
- Mendapat keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan di peringkat STAM.
- Mendapat keputusan Diploma dengan GPA 3.0 ke atas.
- Mode pengajian sepenuh masa.
- Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.
CARA MEMOHON
- Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan eTAPEM di laman utama web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat https://tapemonline.melaka.gov.my.
- Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
- Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas / Penghulu / Pengerusi JAPERUN / Pengerusi JPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
- Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.
PERJANJIAN
- Pelajar yang menerima tawaran Dermasiswa Pengajian Islam perlu menandatangani Surat Perjanjian berserta seorang saksi.
KADAR DERMASISWA LUAR NEGARA
NEGARA |
PERINGKAT | KADAR SETAHUN (RM) |
MESIR | IJAZAH | 4,000.00 |
JORDAN | IJAZAH | 7,000.00 |
MAGHRIBI | IJAZAH | 5,000.00 |
INDONESIA | IJAZAH | 2,500.00 |