TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

DERMASISWA PENGAJIAN ISLAM DALAM DAN LUAR NEGARA KERAJAAN NEGERI MELAKA

DERMASISWA PENGAJIAN ISLAM KERAJAAN NEGERI MELAKA (DALAM NEGARA)

Bermula tahun 2019 Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) mempelawa anak-anak Melaka memohon Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam di IPTA / IPTS dalam negara.

 KELAYAKAN MEMOHON

  • Pemohon lahir di Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Pemohon mesti mengikuti pengajian di IPT yang tersenarai di bawah tajaan TAPEM dan IPT tersebut mesti mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Mendapat kepujian Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM.
  • Mendapat keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan di peringkat STAM.
  • Mendapat keputusan Diploma dengan GPA 3.0  ke atas.
  • Mode pengajian sepenuh masa.
  • Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.

 CARA MEMOHON

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan eTAPEM di laman utama web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat https://tapemonline.melaka.gov.my.
  • Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
  • Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas / Penghulu / Pengerusi JAPERUN / Pengerusi JPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

 PERJANJIAN

  • Pelajar yang menerima tawaran Dermasiswa Pengajian Islam perlu menandatangani Surat Perjanjian berserta seorang saksi.

 

KADAR DERMASISWA

DALAM NEGARA

NAMA INTITUSI / NEGARA

PERINGKAT KADAR SETAHUN (RM)
INSTITUT PENGAJIAN YANG DIPERAKUKAN DIPLOMA 3,500.00
INSTITUT PENGAJIAN YANG DIPERAKUKAN IJAZAH 4,500.00
KOLEJ AL-QURAN SAIYYIDINA ALI DIPLOMA 3,000.00 - 4,800.00

 

 

 

DERMASISWA PENGAJIAN ISLAM KERAJAAN NEGERI MELAKA (LUAR NEGARA)

Bermula tahun 2019 Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) mempelawa anak-anak Melaka memohon Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam di Mesir, Jordan, Maghribi dan Indonesia.

KELAYAKAN MEMOHON

  • Pemohon lahir di Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka.
  • Pemohon mesti mengikuti pengajian di IPT yang tersenarai di bawah tajaan TAPEM dan IPT tersebut mesti mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
  • Mendapat kepujian Bahasa Melayu dan Sejarah dalam SPM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Kepujian dalam matapelajaran Bahasa Arab, Pendidikan Al-Quran & Al-Sunnah dan Pendidikan Syariah Islamiah dalam peperiksaan SPM.
  • Mendapat keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan di peringkat STAM.
  • Mendapat keputusan Diploma dengan GPA 3.0  ke atas.
  • Mode pengajian sepenuh masa.
  • Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.

 CARA MEMOHON

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan eTAPEM di laman utama web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat https://tapemonline.melaka.gov.my.
  • Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
  • Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas / Penghulu / Pengerusi JAPERUN / Pengerusi JPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

 PERJANJIAN

  • Pelajar yang menerima tawaran Dermasiswa Pengajian Islam perlu menandatangani Surat Perjanjian berserta seorang saksi.

 

KADAR DERMASISWA LUAR NEGARA

NEGARA

PERINGKAT KADAR SETAHUN (RM)
MESIR IJAZAH 4,000.00
JORDAN IJAZAH 7,000.00
MAGHRIBI IJAZAH 5,000.00
INDONESIA IJAZAH 2,500.00

 

 

 

 

 


Tarikh Akhir Kemaskini :: 13-08-2021 :: 12:23 PM