TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

DERMASISWA PENGAJIAN ISLAM DALAM DAN LUAR NEGARA KERAJAAN NEGERI MELAKA

 

Bermula tahun 2019 Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM) mempelawa anak-anak Melaka memohon Dermasiswa Pengajian Islam Kerajaan Negeri Melaka bagi melanjutkan pelajaran dalam bidang pengajian islam di Mesir, Jordan, Maghribi, Indonesia dan IPTA / IPTS dalam negara.

 

KELAYAKAN MEMOHON

  • Pemohon lahir di Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
  • Bermastautin di Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka
  • Pemohon mesti mengikuti pengajian di IPT yang tersenarai di bawah tajaan TAPEM dan IPT tersebut mesti mendapat pengiktirafan daripada Kementerian Pengajian Tinggi dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
  • Mendapat kepujian Bahasa Melayu dalam SPM.
  • Mendapat keputusan Mumtaz atau Jayyid Jiddan di peringkat STAM.
  • Mode pengajian sepenuh masa.
  • Bagi pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia adalah tidak layak memohon.

 

CARA MEMOHON

  • Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan eTAPEM di laman utama web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat https://tapemonline.melaka.gov.my.
  • Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak)
  • Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen yang telah disahkan oleh Wakil Rakyat / Pegawai Kerajaan Gred 41 kea tas / Penghulu / Pengerusi JAPERUN / Pengerusi JPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
  • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

 

PERJANJIAN

  • Pelajar yang menerima tawaran Dermasiswa Pengajian Islam perlu menandatangani Surat Perjanjian berserta seorang saksi.

KADAR DERMASISWA

PENGAJIAN

NAMA INTITUSI / NEGARA

PERINGKAT

KADAR SETAHUN (RM)

DALAM NEGARA

INSTITUT PENGAJIAN YANG DIPERAKUKAN

DIPLOMA

3,500.00

IJAZAH

4,500.00

KOLEJ AL-QURAN SAIYYIDINA ALI

DIPLOMA

3,000.00 - 4,800.00

LUAR NEGARA

MESIR

IJAZAH

20,000.00

JORDAN

30,400.00

MAGHRIBI

20,400.00

INDONESIA

11,000.00

       
       
       
       
       
       
     

 

 


Tarikh Akhir Kemaskini :: 13-08-2020 :: 04:36 PM