TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

KAEDAH BAYARAN BALIK PINJAMAN WANG PENGAJIAN TINGGI

  • Secara tunai di kaunter Pejabat TAPEM & UTC Melaka
  • Secara Tunai Kaunter Pejabat Pos
  • Menggunakan wang pos / bank draf / kiriman wang / cek
  • Melalui potongan gaji oleh majikan.
  • Arahan tetap bank (‘Standing Instruction’)
  • Secara ‘online’ melalui eBayar Kerajaan Negeri Melaka (https://ebayar.melaka.gov.my)
  • Pengeluaran akaun dua KWSP peminjam atau ibu bapa peminjam.

 

A.  CARA-CARA MEMBUAT BAYARAN BALIK MELALUI KAUNTER PEJABAT POS/ KIRIMAN WANG POS:

1) Peminjam boleh mendapatkan BORANG KEWANGAN-39 dari mana-mana cawangan Pejabat Pos di seluruh Malaysia.

2) Isikan butir-butir peminjam iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan dan no.rujukan akaun baru pada borang KEWANGAN 39.

3) Bayaran hendaklah dibuat dan dialamatkan kepada Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM).

4) Pastikan salinan borang KEWANGAN 39 yang dicetak di pejabat POS di atas nama TAPEM dan minta batalkan borang tersebut jika dicetak di atas nama KPT atau PTPTN.

5) Bayaran perkhidmatan sebanyak RM2.00 akan dicaskan oleh Pejabat POS.

6) Minima jumlah bayaran balik pinjaman di Pejabat POS sebanyak RM100.00

 

B. CARA BAYARAN MENGGUNANKAN ATAS TALIAN (ONLINE) MELALUI EBAYAR