TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

PROGRAM TAJAAN PENUH TENAGA NASIONAL BERHAD DENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI MELAKA (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI A0 BAGI ANAK MELAKA)

PROGRAM TAJAAN PENUH TENAGA NASIONAL BERHAD DENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI MELAKA
BAGI PROGRAM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI A0
UNTUK ANAK MELAKA

Tenaga Nasional Berhad dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka menawarkan tajaan penuh Program Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0 di TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi.

  • Program sepenuh masa
  • Tempoh program 6 bulan
  • Terhad kepada 40 Anak Melaka sahaja
  • Penginapan disediakan termasuk makan dan minum di ILSAS, Bangi
  • Elaun latihan disediakan

Syarat Kelayakan permohonan

       a.   Pemohon adalah Anak Melaka atau

       b.   Bermastautin di Negeri Melaka

c.   Pemohon berumur antara 21 tahun hingga 45 tahun

d.   Mendapat kebenaran majikan bagi yang sedang berkhidmat.

e.   Kelayakan akademik dan pengalaman bekerja seperti berikut:

 

Kelayakan Akademik

Pengalaman Bekerja

Pemohon tamat tingkatan lima sekolah bantuan penuh kerajaan

Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun  dalam persekitaran kelengkapan dan mengawal kelengkapan elektrik hidup

                                                                                  atau

Kelayakan Akademik

Pengalaman Bekerja

Pemohon mempunyai Sijil dalam Kejuruteraan Elektrikal (Politeknik) atau Sijil Perakuan Pendawai Elektrik Suruhanjaya Tenaga (Wireman)

Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada dua tahun dalam persekitaran kelengkapan dan mengawal kelengkapan elektrik hidup

Permohonan dibuka bermula 8 Julai 2020

Tarikh tutup penghantaran borang pada 7 Ogos 2020

Jika tidak menerima sebarang maklumbalas dalam masa 2 minggu selepas tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.

Sila klik muat turun untuk mendapatkan borang permohonan

Keterangan
LAMPIRAN 1
FAQ
BORANG PERMOHONAN PROGRAM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI AO
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

Tarikh Akhir Kemaskini :: 03-07-2020 :: 09:20 AM