PROGRAM TAJAAN PENUH TENAGA NASIONAL BERHAD DENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI MELAKA
BAGI PROGRAM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI A0
UNTUK ANAK MELAKA
Tenaga Nasional Berhad dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka menawarkan tajaan penuh Program Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0 di TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi.
- Program sepenuh masa
- Tempoh program 6 bulan
- Terhad kepada 40 Anak Melaka sahaja
- Penginapan disediakan termasuk makan dan minum di ILSAS, Bangi
- Elaun latihan disediakan
Syarat Kelayakan permohonan
a. Pemohon adalah Anak Melaka atau
b. Bermastautin di Negeri Melaka
c. Pemohon berumur antara 21 tahun hingga 45 tahun
d. Mendapat kebenaran majikan bagi yang sedang berkhidmat.
e. Kelayakan akademik dan pengalaman bekerja seperti berikut:
Kelayakan Akademik |
Pengalaman Bekerja |
Pemohon tamat tingkatan lima sekolah bantuan penuh kerajaan |
Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun dalam persekitaran kelengkapan dan mengawal kelengkapan elektrik hidup |
atau
Kelayakan Akademik |
Pengalaman Bekerja |
Pemohon mempunyai Sijil dalam Kejuruteraan Elektrikal (Politeknik) atau Sijil Perakuan Pendawai Elektrik Suruhanjaya Tenaga (Wireman) |
Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada dua tahun dalam persekitaran kelengkapan dan mengawal kelengkapan elektrik hidup |
Permohonan dibuka bermula 8 Julai 2020
Tarikh tutup penghantaran borang pada 7 Ogos 2020
Jika tidak menerima sebarang maklumbalas dalam masa 2 minggu selepas tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.
Sila klik muat turun untuk mendapatkan borang permohonan