TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

PROGRAM TAJAAN PENUH TENAGA NASIONAL BERHAD DENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI MELAKA (PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI A0 BAGI ANAK MELAKA)

PROGRAM TAJAAN PENUH TENAGA NASIONAL BERHAD DENGAN KERJASAMA KERAJAAN NEGERI MELAKA
BAGI PROGRAM PENJAGA JENTERA ELEKTRIK KATEGORI A0
UNTUK ANAK MELAKA

Tenaga Nasional Berhad dengan kerjasama Kerajaan Negeri Melaka melalui Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka menawarkan tajaan penuh Program Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0 di TNB Integrated Learning Solution (ILSAS), Bangi.

  • Program sepenuh masa
  • Penginapan disediakan termasuk makan dan minum di ILSAS, Bangi
  • Terhad kepada 40 Anak Melaka sahaja
  • Tempoh program 90 hari (5 bulan)

 

Syarat Kelayakan permohonan

       a.   Pemohon adalah Anak Melaka dan bermastautin di negeri Melaka

       b.   Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka

c.   Pemohon adalah pengundi di negeri Melaka

d.   Pemohon berumur antara 25 tahun hingga 45 tahun

e.   Mendapat kebenaran majikan bagi yang sedang berkhidmat.

f.    Kelayakan akademik dan pengalaman bekerja seperti berikut:

 

Kelayakan Akademik

Pengalaman Bekerja

Pemohon lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kepujian dalam Bahasa Melayu.  Atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM)

Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada tiga tahun  dalam persekitaran kelengkapan dan mengawal kelengkapan elektrik hidup

                                                                                  atau

Kelayakan Akademik

Pengalaman Bekerja

Pemohon mempunyai Sijil dalam Kejuruteraan Elektrikal (Politeknik) atau Sijil Perakuan Pendawai Elektrik Suruhanjaya Tenaga (Wireman)

Mempunyai pengalaman bekerja tidak kurang daripada dua tahun dalam persekitaran kelengkapan dan mengawal kelengkapan elektrik hidup

Permohonan dibuka bermula 17 Februari 2020.

Tarikh tutup penghantaran borang pada 9 Mac 2020.

Jika tidak menerima sebarang maklumbalas dalam masa 2 minggu selepas tarikh tutup, permohonan dianggap tidak berjaya.

Sila klik muat turun untuk mendapatkan borang permohonan

Keterangan
Borang Permohonan Program Penjaga Jentera Elektrik Kategori A0
LAMPIRAN 1
FAQ
 
Untuk membuka fail PDF, anda memerlukan Adobe Reader yang boleh dimuat-turun di http://get.adobe.com/reader
Adobe Reader

Tarikh Akhir Kemaskini :: 17-02-2020 :: 03:40 PM