TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

PIAGAM PELANGGAN

PIAGAM PELANGGAN
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA
JABATAN KETUA MENTERI MELAKA

Kami warga Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap dan berkesan untuk rakyat. Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji :

  1. Memastikan surat tawaran pembiayaan Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) dikeluarkan kepada peminjam yang berjaya dalam tempoh lima (5) hari bekerja selepas tarikh kelulusan Mesyuarat Lembaga.
  2. Memproses borang perjanjian Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) dalam tempoh dua puluh satu (21) hari selepas tarikh tutup penghantaran borang perjanjian.
  3. Membuat bayaran kepada peminjam Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas tarikh proses perjanjian pinjaman dimuktamadkan.
  4. Membuat bayaran susulan kepada peminjam-peminjam aktif pada setia bulan Februari, Mei, September dan November setiap tahun.
  5. Membuat bayaran Biasiswa Sekolah Menengah dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja selepas tarikh kelulusan Mesyuarat Lembaga.
  6. Membuat bayaran susulan Biasiswa Sekolah Menengah kepada pelajar-pelajar aktif pada bulan Oktober setiap tahun.
  7. Menyelaraskan agihan Bantuan Persekolahan sekolah rendah kepada pelajar yang layak di 28 buah DUN dan 6 kawasan Parlimen sebelum sesi persekolahan bermula.
  8. Memproses borang permohonan Bantuan Kewangan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh tiga (3) hari bekerja setelah permohonan lengkap diterima.
  9. Membuat bayaran kepada pemohon Bantuan Kewangan ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja setelah borang permohonan diproses.
  10. Menyediakan jadual bayaran balik Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT) dalam tempoh enam (6) bulan selepas tamat pengajian.

Tarikh Akhir Kemaskini :: 25-11-2016 :: 04:23 PM