TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

PINJAMAN WANG PENGAJIAN TINGGI

Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM adalah merupakan perkhidmatan utama TAPEM.

Kelayakan Memohon

  • Pemohon lahir di Negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pemohon lahir di Negeri Melaka dan
  • Menetap di dalam Negeri Melaka dan
  • Pengundi di Negeri Melaka
  • Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta yang tersenarai dalam tajaan Tabung Amanah PendidikanNegeri Melaka (TAPEM) sahaja.
  • Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform yang telah berkhidmat dan bermastautin lebih 10 tahun di Negeri Melaka serta disahkan oleh majikan atau ADUN kawasan.
  • Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak memohon.

Cara Memohon

    • Permohonan perlu dibuat secara atas talian dengan memilih pautan e-TAPEM di laman web https://tapem.melaka.gov.my atau terus ke alamat  https://tapemonline.melaka.gov.my.
    • Pemohon perlu mencetak permohonan yang dibuat secara atas talian dan melampirkan dokumen-dokumen yang diperlukan (rujuk muka depan borang permohonan yang telah dicetak).
    • Borang permohonan yang lengkap berserta dokumen-dokumen telah telah disahkan oleh Wakil Rakyat/ Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas/ Penghulu/Pengerusi Japerun/ Pengerusi MPKK atau Sidang hendaklah dihantar ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh tutup tawaran.
    • Permohonan yang tidak lengkap akan ditolak.

Perjanjian

  • Pelajar yang menerima tawaran pinjaman perlu menandatangani Surat Perjanjian beserta dua (2) orang penjamin

Pembayaran Balik

  • Selepas 6 bulan tamat tempoh pengajian, pelajar-pelajar akan diberi surat jadual pembayaran balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan
  • Pelajar-pelajar yang gagal/diberhentikan atau meninggalkan pengajian dikehendaki membayar balik sepenuhnya dengan serta merta jumlah pinjaman yang diterima
  • Sebarang rayuan mengenai pinjaman tertakluk kepada pertimbangan Lembaga. Keputusan Lembaga adalah muktamad.


Tarikh Akhir Kemaskini :: 19-03-2019 :: 03:32 PM