TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

BIASISWA MELAKA (SEKOLAH MENENGAH BIASA & ASNAF)

Bantuan Biasiswa Melaka merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak yang bersekolah menengah di seluruh negeri Melaka iaitu:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan
  • Sekolah Menengah Agama

Pemberian Biasiswa dibahagikan kepada Biasiswa Melaka (Biasa) dan juga Biasiswa Melaka (Asnaf).

Dasar

Biasiswa ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang mempunyai kelayakan seperti berikut:

  • Pelajar lahir di negeri Melaka dan
  • Ibu atau bapa pelajar dilahirkan di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di negeri Melaka dan
  • Pengundi di negeri Melaka.
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 1,500.00 sebulan.
  • Mempunyai rekod disiplin yang baik.
  • Kelayakan pemohon daripada Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 sahaja.
  • Tidak mendapat biasiswa daripada pihak lain.
  • Pelajar mestilah menuntut di Sekolah Menengah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Menengah Arab (JAIM ) dalam negeri Melaka.
  • Keutamaan diberi kepada anak yatim/yatim piatu/ibu tunggal/orang kelainan upaya/kurang kemampuan/ramai tanggungan.
  •  

Amaun

  • Biasiswa Melaka (Biasa) - RM50.00/bulan
  • Biasiswa Melaka (Asnaf) - RM50.00/bulan

Cara Memohon

  • Tawaran permohonan biasiswa sekolah menengah ditawarkan ke sekolah-sekolah untuk dicalonkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang difikirkan layak.

Tarikh Akhir Kemaskini :: 19-03-2019 :: 03:30 PM