TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

BANTUAN PERSEKOLAHAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Sumbangan bantuan persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah pemberian sumbangan yang berupa bahan-bahan dan peralatan sekolah bagi meringankan beban daripada keluarga yang kurang berkemampuan.

Pemberian ini diberikan kepada pelajar-pelajar anak negeri Melaka dari tahun 1 hingga 5 yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Pencalonan dibuat oleh pihak sekolah.

  • Pakaian seragam sekolah
  • Kasut dan stokin sekolah
  • Beg Sekolah
  • Alat Tulis
  • Lain-lain keperluan yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa

Syarat-syarat Pencalonan penerima bantuan pelajar sekolah adalah seperti berikut:

  • Pemohon dilahirkan di negeri Melaka atau
  • Ibu atau bapa dilahirkan di negeri Melaka dan
  • Bermastautin di negeri Melaka dan
  • Pengundi di negeri Melaka.
  • Pelajar mesti menuntut di Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Rendah Arab (JAIM) di dalam negeri Melaka.
  • Kelayakan pemohon dari Tahun 1 hingga 5 sahaja.
  • Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
  • Keutamaan diberi kepada anak yatim / yatim piatu / ibu tunggal / orang kelainan upaya / kurang kemampuan / ramai tanggungan.