Sumbangan bantuan persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah pemberian sumbangan yang berupa bahan-bahan dan peralatan sekolah bagi meringankan beban daripada keluarga yang kurang berkemampuan.
Pemberian ini diberikan kepada pelajar-pelajar anak negeri Melaka dari tahun 1 hingga 5 yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Pencalonan dibuat oleh pihak sekolah.
- Pakaian seragam sekolah
- Kasut dan stokin sekolah
- Beg Sekolah
- Alat Tulis
- Lain-lain keperluan yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa
Syarat-syarat Pencalonan penerima bantuan pelajar sekolah adalah seperti berikut:
- Pemohon dilahirkan di negeri Melaka atau
- Ibu atau bapa dilahirkan di negeri Melaka dan
- Bermastautin di negeri Melaka dan
- Pengundi di negeri Melaka.
- Pelajar mesti menuntut di Sekolah Rendah Bantuan Penuh Kerajaan atau Sekolah Rendah Arab (JAIM) di dalam negeri Melaka.
- Kelayakan pemohon dari Tahun 1 hingga 5 sahaja.
- Pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.
- Keutamaan diberi kepada anak yatim / yatim piatu / ibu tunggal / orang kelainan upaya / kurang kemampuan / ramai tanggungan.