Carian: 
  Cetak  
 

Pinjaman Wang Pengajian Tinggi

Pinjaman Wang Pengajian Tinggi TAPEM adalah merupakan aktiviti utama TAPEM. Ini melibatkan dua (2) kategori Pinjaman Wang Pengajian Tinggi iaitu:

  • Pinjaman Biasa
  • Pinjaman Asnaf Fisabilillah - untuk Pengajian Islam diluar negera iaitu Mesir dan Indonesia serta Institusi yang diperakui oleh Kerajaan Negeri diseluruh negara

Syarat-syarat Permohonan

  1. Pinjaman ini terbuka kepada "ANAK NEGERI MELAKA" Bumiputera dan Bukan Bumiputera bertaraf warganegara Malaysia yang sedang menuntut atau telah mendapat tawaran di institusi pengajian tinggi yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri.

    Takrif "ANAK NEGERI MELAKA" adalah seperti berikut:
    1. Pemohon lahir di negeri Melaka; atau
    2. Ibu dan/atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka; atau
    3. Pemohon dan Ibu/bapa telah menetap di dalam negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun
  2. Telah diterima masuk ke universiti/institusi pengajian tinggi yang ditetapkan
  3. Lulus dengan baik peperiksaan SPM dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia

Cara Memohon

  1. Borang permohonan boleh didapati di pejabat Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEM), di alamat No 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Hang Tuah Jaya, Lebuh Ayer Keroh, 75450 Melaka 
    1. Permohonan juga boleh dibuat secara online dengan memilih pautan e-TAPEM di laman utama atau terus ke alamat http://tapemonline.melaka.gov.my
    2. permohonan yang telah lengkap diisi (secara manual atau online) perlu disertakan bersama salinan surat tawaran kemasukan ke universiti/institusi, Sijil Kelahiran dan sijil-sijil persekolah yang telah disahkan. Semua dokumen tersebut hendaklah sampai ke pejabat TAPEM sebelum atau pada tarikh permohonan ditutup.

Perjanjian

Pelajar yang menerima tawaran pinjaman perlu menandatangani Surat Perjanjian beserta dua (2) orang penjamin

Pembayaran Balik

  1. Selepas 6 bulan tamat tempoh pengajian, pelajar-pelajar akan diberi surat jadual pembayaran balik sepenuhnya pinjaman yang diterima mengikut kadar dan tempoh yang ditetapkan
  2. Pelajar-pelajar yang gagal/diberhentikan atau meninggalkan pengajian dikehendaki membayar balik sepenuhnya dengan serta merta jumlah pinjaman yang diterima
  3. Sebarang rayuan mengenai pinjaman tertakluk kepada pertimbangan Lembaga. Keputusan Lembaga adalah muktamad.
 
96271
29449