Pemberian Biasiswa adalah merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak yang bersekolah Menengah di seluruh negeri Melaka iaitu:
- Sekolah Menengah Kebangsaan
- Sekolah Menengah Agama
Pemberian Biasiswa dibahagikan kepada Biasiswa Biasa dan juga Biasiswa Asnaf Fisabilillah
Dasar
Biasiswa ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang mempunyai kelayakan seperti berikut:
- Pelajar lahir di Negeri Melaka; atau
- Ibu/bapa/penjaga lahir di Negeri Melaka; atau
- Menetap di Negeri Melaka sekurang-kurangnya 10 tahun.
- Pendapatan keluarga RM 1000 ke bawah
- Mempunyai rekod disiplin dan prestasi akademik yang baik.
- Tahap permohonan dari Tingkatan 1 hingga 5 dengan kadar sebulan RM 50.00
Cara Memohon
1. Tawaran permohonan biasiswa sekolah menengah ditawarkan ke sekolah-sekolah untuk dicalonkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang difikirkan layak.
|