Carian: 
  Cetak  
 

Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah

Sumbangan bantuan persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah pemberian sumbangan yang berupa bahan-bahan dan peralatan sekolah bagi meringankan beban daripada kakitangan yang kurang berkemampuan.

Pemberian ini diberikan kepada pelajar-pelajar anak negeri Melaka dari tahun 1 hingga 5 yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Pencalonan dibuat oleh pihak sekolah dan disahkan oleh Pengerusi JKKK dan Wakil Rakyat sekolah berkenaan.

Jenis Bantuan Yang Diberikan

  • Pakaian seragam sekolah
  • Kasut dan stokin sekolah
  • Beg Sekolah
  • Alat Tulis
  • Lain-lain keperluan yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa

Syarat-syarat Bantuan

Syarat-syarat Pencalonan penerima bantuan pelajar sekolah adalah seperti berikut:

  1. Pelajar mestilah menuntut di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di dalam negeri Melaka dan Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja.
  2. Pendapatan ibu/bapa penjaga pelajar mestilah kurang RM 1000.00 sebulan.
  3. Keutamaan pencalonan haruslah diberikan kepada anak yatim/ibu tunggal.
  4. Pelajar tidak menerima sebarang sumbangan yang lain bagi mengelakkan pertindihan bantuan.
 
96271
2326