TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

BIASISWA MELAKA (SEKOLAH MENENGAH BIASA & ASNAF)

Bantuan Biasiswa Melaka merupakan bantuan kewangan kepada anak-anak yang bersekolah menengah di seluruh negeri Melaka iaitu:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan
  • Sekolah Menengah Agama

Pemberian Biasiswa dibahagikan kepada Biasiswa Melaka (Biasa) dan juga Biasiswa Melaka (Asnaf).

Dasar

Biasiswa ini bertujuan untuk memberi bantuan kewangan kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang mempunyai kelayakan seperti berikut:

  • Pemohon hendaklah terdiri dari anak negeri Melaka bertaraf warganegara Malaysia atau telah bermastautin di Melaka lebih dari 10 tahun.
  • Ibu bapa atau penjaga terdiri dari anak Negeri Melaka warganegara Malaysia atau telah bermastautin di Melaka lebih  dari 10 tahun.
  • Dari keluarga berpendapatan rendah (antara RM1000 sehingga RM1500) dan mempunyai rekod disiplin yang baik.
  • Mempunyai rekod keputusan peperiksaan yang baik pada tahun sebelumnya. 

Amaun

  • Biasiswa Melaka (Biasa) - RM50.00/bulan, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5
  • Biasiswa Melaka (Asnaf) - RM50.00/bulan, dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5

Cara Memohon

  • Tawaran permohonan biasiswa sekolah menengah ditawarkan ke sekolah-sekolah untuk dicalonkan oleh pihak sekolah kepada pelajar-pelajar yang difikirkan layak.

Tarikh Akhir Kemaskini :: 25-11-2016 :: 04:57 PM