TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

BANTUAN PERSEKOLAHAN PELAJAR SEKOLAH RENDAH

Sumbangan bantuan persekolahan pelajar-pelajar sekolah rendah adalah pemberian sumbangan yang berupa bahan-bahan dan peralatan sekolah bagi meringankan beban daripada kakitangan yang kurang berkemampuan.

Pemberian ini diberikan kepada pelajar-pelajar anak negeri Melaka dari tahun 1 hingga 5 yang datang dari keluarga yang berpendapatan rendah. Pencalonan dibuat oleh pihak sekolah dan disahkan oleh Pengerusi JKKK dan Wakil Rakyat sekolah berkenaan.

  • Pakaian seragam sekolah
  • Kasut dan stokin sekolah
  • Beg Sekolah
  • Alat Tulis
  • Lain-lain keperluan yang ditentukan oleh Lembaga dari semasa ke semasa

Syarat-syarat Pencalonan penerima bantuan pelajar sekolah adalah seperti berikut:

  • Pelajar mestilah menuntut di sekolah rendah bantuan penuh kerajaan di dalam negeri Melaka dan Tahun 1 hingga Tahun 5 sahaja.
  • Pendapatan ibu/bapa penjaga pelajar mestilah kurang RM 1000.00 sebulan.
  • Keutamaan pencalonan haruslah diberikan kepada anak yatim/ibu tunggal.
  • Pelajar tidak menerima sebarang sumbangan yang lain bagi mengelakkan pertindihan bantuan.

Tarikh Akhir Kemaskini :: 27-11-2016 :: 12:40 PM