TAPEM
TABUNG AMANAH PENDIDIKAN NEGERI MELAKA

OBJEKTIF, VISI DAN MISI

Tujuan penubuhan TAPEM adalah:

  • Membantu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh pelajar-pelajar anak Melaka yang menuntut di sekolah/ institusi pengajian tinggi.
  • Memaju dan meningkatkan kualiti pendidikan dalam kalangan Anak Melaka dan warganegara Malaysia yang bermastautin di Melaka.
  • Menguruskan pemberian sumbangan bantuan persekolahan kepada pelajar- pelajar sekolah rendah mengikut kriteria yang ditentukan oleh TAPEM.
  • Menguruskan pemberian Biasiswa Melaka (Biasa & Asnaf) kepada pelajar-pelajar sekolah menengah yang layak.
  • Menguruskan pemberian sumbangan IPT kepada pelajar Anak Melaka.
  • Menawarkan dan menguruskan pemberian pinjaman kepada pelajar-pelajar di IPTA/IPTS yang diperakukan oleh kerajaan negeri Melaka.
  • Menguruskan pinjaman pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang bertugas di negeri Melaka untuk melanjutkan pengajiannya ke peringkat ijazah Lanjutan di IPTA/IPTS yang diperakukan oleh Kerajaan Negeri Melaka.
  • Bantuan-bantuan lain yang diputuskan oleh Lembaga TAPEM mengikut keperluan masa dan keadaan.

Wawasan

  • Membantu menjadikan negeri Melaka sebagai pusat pembangunan dan kemajuan yang terunggul dalam negara, dimana rakyatnya menikmati hidup berkualiti, mengamalkan nilai-nilai hidup murni, mengutamakan perpaduan dan keamanan melalui peningkatan taraf pendidikan.
  • Membantu menjalinkan hubungan yang rapat diantara pemimpin dan rakyat
  • Membantu melahirkan pemimpin pelapis yang bijaksana berteraskan intelek dan profesionalisme sesuai dengan keperluan masa dan zaman

Misi

  • Menjadikan TAPEM sebagai agensi pemangkin utama dalam menggalakkan dan memperkasakan semangat dengan juang anak negeri Melaka ke arah pencapaian dan penguasaan pelbagai ilmu pengetahuan serta kemahiran yang tinggi supaya menjadi penyumbang pembangunan dan kemajuan kepada negeri Melaka dan Negara Malaysia amnya.

Tarikh Akhir Kemaskini :: 27-11-2016 :: 12:41 PM